keputusan

keputusan untuk sem 1 dah nak keluar , tak sampai seminggu lagi 
tapi selalu nya saat macam ni lah aku berdebar-debar ya ampun
sampai tak nak online & tengok tv 

hari tu last paper mat123 , subjek paling aku susah nak score
cuba bayang kan aku dpt 24.3 je carry mark dan lebih memeranjatkan lagi
bila aku dapat 14/41 dlm test 3 .Lepas test 3 tu aku rasa down gila bapak.
Ramai yang nasihat aku suruh buat latihan banyak-banyak , terutamanya abah
lah yang banyak bagi kata-kata semangat &  membimbing aku ke jalan yang benar

sebenarnya aku merupakan pelajar diploma sains kuantitatif , diploma je lah bukan 
ijazah lagi .Aku percaya korang mesti tak tau apa kejadah sains kuantitatif tu , 
setengah orang kata kos buang je tu.Izinkan aku memberitahu apa benda kos
yang bunyi dia mcm kos buang ni , kos ni lebih kepada mengira & bila korang
dah ceburi bidang ni rajin-rajin lah anggap kalkulator tu sebagai teman.

Akhir kata , kepada semua pelajar yang akan mendapat keputusan , 
aku dengan ikhlas hati & sanubari doakan korang dapat keputusan
yang cemerlang.Korang jangan lupa doakan aku sekali nohh





3 comments:

sila tinggalkan komen disini :)