Happy Birthday Mama !

perasan tak tajuk entry tu
HAPPY BIRTHDAY MAMA
sebenarnya saya panggil mak je
tapi saja nak bermanja hari ni
sekali sekala nak juga panggil mama


mama saya ni seorang yang peramah
dengan siapa pun boleh sembang
okay sekarang ni nak panggil mak balik

TERIMA KASIH MAK

kalau fikir balik tak payah jauh lah  banyak betul mak dah
berjasa dekat saya
tadi pagi je tolong kejut saya subuh
bukan senang nak kejut saya
mak terpaksa buka lampu bilik
dan tutup pendingin hawa
kalau tutup pendingin hawa buka kipas tak pe lah
ni kipas pun tak buka
so saya bangun kerana kepanasan

mak sediakan saya sarapan
walaupun saya cakap masakan mak
kurang garam
mak masih mampu tersenyum kambing

mak telefon sekolah saya sebab nak tanya pasal sijil
peka untuk subjek sains
saya akui memang saya takut nak telefon sekolah
lebih lebih lagi
kalau kerani garang tu angkat

mak melayan saya bercakap
walaupun mak sebenarnya tak suka bergosip
HAHAHAHAHHAHA
mak juga dengar saya nyanyi
walaupun suara saya tak semerdu
siti nurhaliza

mak selalu menasihati saya
ketika saya susah dan senang
walaupun mak seorang suri rumah
saya selalu pandang tinggi dekat mak
lebih dari seorang perdana menteri

time pmr mak selalu
teman saya belajar lewat malam
mak akan buat kopi
agar saya tidak menggantuk

bila markah ujian saya turun
mak akan ingatkan saya
untuk terus berusaha
sebab mak kata kejayaan
tidak akan berterusan jika kita malas berusaha
kegagalan juga tidak akan berterusan
jika kita rajin berusaha

I LOVE U MAK























3 comments:

  1. kalo mama ko eheh silap,, mak ko bace entry ni pasti akan terharu kn3~ sob3 gitu~ :')
    saya juga sayang mak saya!! muah3~ :))

    syurga terletak dibawah kaki ibu~ *ibu pulak~ XD
    so,, SAYANGILAH IBU KITA DIMANA JUA KITA BERADA~ ^^ *ade kene mengena ka?? yayaya!! ada la tu~ XD

    ReplyDelete
  2. Haha , ye lah farahin syurga di bawah tapak kaki ibu .

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen disini :)