ada macam macam situasi kat dunia ni bukan.
tapi korang pernah tak berdepan dgn situasi yang memaksa diri korang
untuk menjadi lebih berani.
sebagai contoh situasi bila korang nak dkt exam tpi sepatah haram
pun korang tak paham apa cikgu korang ajar
& sebelum itu korang takut nak bertanya cikgu
tersebut.
oleh kerana terdesak lebih lebih lagi exam akan menjelang tak lama lagi.
so korang ambik keputusan nak tabah kan diri untuk pergi office cikgu tersebut
dan bertanya kan soalan-soalan atau tajuk-tajuk yg korang tak faham
secara terus terang aku selalu mengalami situasi tersebut.
dari sekolah rendah sampai lah sekarang masuk ke universiti
situasi kedua pula bila korang menyampah dengan seseorang kwn korang
kerana sikap nya yang agak pelik & memualkan.
tapi korang kena terima kwn korang tu sbb dia juga merupakan kwn
kepada kwn rapat korang # okay ayat ni faham tak #
situasi ketiga bila korang menyampah dkt seseorang tanpa sebab.
tpi seseorang tu baik je , selalu bantu korang & dan kata-katanya
tak pernah mengguris hati
situasi keempat ketika korang terpaksa berhimpit dgn rakyat Malaysia
menaiki LRT & berjaya mendapatkan seat.
tiba-tiba seorang makcik tua lalu terbongkok-bongkok kelihatan penat .
korang tak sampai hati dengan keadaan makcik tua tersebut
tapi tidak berpuas hati dgn laki-laki muda yang tidak mahu
mengalah memberi tempat duduk lalu korang mengambil keputusan
untuk duduk juga
situasi kelima pula ialah teman kerja korang mempunyai bau badan yg kurang menyenangkan
sehingga menganggu lebih-lebih lagi ketika dia berada berhampiran dgn korang
lalu korang mengambil keputusan memberi kan rexona ketika
hari jadi nya
Okay kelima-lima contoh situasi ni pernah berlaku kepada diri aku.
kadang-kadang situasi ni menjadi kan kita lebih matang
dan kita juga menilai tahap kesabaran serta keyakinan yang ada
dalam diri kita sendiri
bak kata datuk fazilah kamsah :
Insan Yang Cemerlang Datangnya Dari Akal,Hati Yang Tenang, Jiwa Yang Mantap